Isi buku berkenaan sejarahÂ
kalau kita tidak belajar dari sejarah Maka sejarah Akan mengajar kita sekali lagi.
Buku ini membawa para pembaca untuk merenungi liku-liku perjuangan umat terdahulu membawa obor Islam, lalu membentuk pemerintahan yang adil dan saksama selama ratusan tahun di rantau berkenaan. Sejarah juga menyaksikan kemudiannya kedatangan tentera Mongol dan Tatar untuk menyerang bumi Bukhara dan Samarkand, makan terpahatlah sejarah pahit umat Islam. Tamadun umat Islam diruntuhkan sepanjang misi ketenteraan Tatar yang berakhir dengan kejatuhan kerajaan Mu'tasim Baghdad. Mongol memerintah bumi Islam dengan penuh kezaliman. Masjid, perpustakaan dan bangunan bersejarah umat Islam dimusnahkan sepenuhnya. Mereka menubuhkan kerajaan Mongol di atas tapak runtuhan tamadun umat Islam.Kerajaan Tatar Kabilah Emas atau dikenali sebagai al Auritah al Zahabiyyah mempunyai sejarah unik bangsa Tatar. Apabila kebanyakan negara umat Islam. Buku ini turut membawa pembaca kepada sejarah jatuh bangun umat Islam di Rusia dan Transoxania. Apabila kerajaan Uthmaniyyah berpusat di Bursa muncul dalam kurun ke -13, kita menyaksikan peperangan umat Islam dengan Rusia berlangsung selama ratusan tahun.Kesannya negara yang berada antara Turki Uthmaniyyah dengan Rusia, seperti negara bAlkan mengalami sejarah suka duka perjuangan umat Islam menentang Rusia. Kesan sejarah tersebut cuba dilakarkan kembali sebahagiannya menerusi buku kecil ini. Peninggalan sejarah Uthmaniyyah boleh dikesan hingga ini di beberapa kota negara berkenaan Khususnya, buku membawa pembacanya untuk melihat kesan peninggalan Uthmaniyyah di Romania dan Slovania. Romania ketika itu masih bergelar Wallachua.